Thursday, January 12, 2012 By: Hijaudaun

SI HIJAU

ASSALAMUALAIKUM...JUMAAT


xda pa yg best pon nk kongsi hari nie..cuma nk cakap hari nie lunch makan
nasi putih + ayam goreng + kerabut perut + kangkung goreng......(erkk,alhmdulh kenyang)
perghhh masuklah layan kerabut perut feberet sy...bertambah sepad bila digandingkan dgn si hijau kegemaran..sapa si hijau? mestilah si kangkung tu haa...hahahaha...

ok2,meh nk share sket pasal si hijau nie.....




Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania. Di Malaysia ia ditanam di selurh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. ( sumber: wiki je)


Disebalik sayurnya yang bersifat sederhana dengan harganya yang murah, kangkung memiliki pelbagai manfaat lain seperti berikut:

# Membantu melawaskan pembuangan air besar.
# Membantu mengatasi masalah sukar tidur atau insomnia kerana ia mempunyai kuasa sedatif iaitu agen penenang semulajadi.
# Juga membantu mengatasi lemah badan dan keputihan.
# Membantu meredakan pembekakan, terseliuh, bisul dan jangkitan kulit.
# Membantu melancarkan haid dan merawat hidung berdarah.
# Membantu meredakan sakit kepala, sakit gigi dan mengatasi masalah kelemumur serta melembutkan rambut.
# kangkung juga mempunyai kuasa diuretik iaitu membantu melancarkan dan melawaskan kencing.
# Kebaikan mineral dan manfaat semulajadinya ini juga membuatkan kangkung mempunyai pelbagai khasiat lain seperti membantu mengurangkan haid berlebihan dan membantu meredakan cirit-birit akibat keracunan makanan.


p/s; YG PASTINYA BUNGA KANGKUNG MMG CANTIK...;)




0 comments:

Post a Comment