Saturday, January 29, 2011 0 comments By: Hijaudaun

GENG PENGEMBARAAN BERMULA........

BILA GENG MULA MENGEMBARA....INILAH HASILNYA...THANKZZ A LOT UNTUK SEMUA GENG OK..MEMANG BESTLAH PENGEMBARAAN KITA KALI NIE...SANGAT BERMAKNA ERTI SAHABAT KETIKA INI..HEHEHEHE

BROGA HILL---> SUNGAI TEKALA---> CRUISE PUTRAJAYA---> PASAR MALAM BANGI





Wednesday, January 26, 2011 0 comments By: Hijaudaun

KECEWA @ PASRAH


SALAM...

KECEWA @ PASRAH AGAKNYA AKU HARI NIE...HMM,,MULANYA MEMANG SANGAT KECEWA,TAPI BILA DH COOL MAKA AKU PON PASRAH JER LAH..BAK KATA KENGKAWAN YANG LAEN: XPA..JGN SEDEY..MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA..KITA HANYA MAMPU MERNCANG..SEGALANYA DITANGAN ALLAH S.W.T

APA YANG KAMI KECEWA SANGAT??
FIELDWORK..........

FIELDWORK............

FIELDWORK..............

DIBATALKAN DISAAT AKHIR ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN..MEMANG PADA MULANYA KAMI SEMUA AGAK KECEWA..MANA TIDAK NYA KAMI AKN BERANGKAT KE FIELD PADA JUMAAT INI,BERITA YANG TIDAK DISANGKA ITU KAMI DAPAT TAHU PADA HARI NI,HARI RABU!! CUBA NADA BAYANGKAN....PERSIAPAN SEMUA SUDAH DIBELI..SEMUA SANGAT TERUJA UTK G FIELD..TAPI SEMUA KENA TERIMA DENGAN PASRAHNYA WALAUPON PADA MULANYA AGAK SUKAR BAGI KAMI SEMUA.....XPA ADA KEBAIKANNYA KITA PERGI LEPAS NIE KAN...OK KAWAN2 NANTI KITA G OK...HEHEHEHEEHE

KENAPA KAMI SEDEYY??

SEDEYYY....DAN SEDEYY LAGI....
HUKHUKHUK..TIKET DH BELI UNTUK BALIK CUTI MIDSEM..SEMUA YG BALIK JAUH2 DAH BELI TIKET UNTUK BALIK SELEPAS BALIK DARI FIELDWORK LA..TAPI BILA FIELDWORK DAH DITUNDA...ALAMATNYA............PBERPELUANG UTK BALIK AWALLA...
TAPI,MALANGNYA TIKET XBOLE TUKAR COZ HARI2 YANG KAMI NAK TUKAR TU DAH PENUH LA..ALAMATNYA.........KENA RANCANG PERCUTIAN DISINI DULU LA...XPA2 CERIAKAN HARI2 MENDATANG KITA DENGAN SENYUMAN K...SEMUANYA BUKAN KEHENDAK KITA..INSYAALLAH ADA HIKMAH YANG DIJANJIKAN NANTI...



P/S:balik lambat menambah kerinduan kita dkt family..
senyum walaupon hakikatnya kecewa k...=)
Monday, January 24, 2011 0 comments By: Hijaudaun

DSLR....BILA AKN KUMILIKIMU???










NIKON...CANON..SAMSUNG...SONY MACAM-MACAM JENAMA ADA DIPASARAN..ADA DUIT BELI JER YANG MANA BERKENAN DIHATI....HEHEHE

KAMERA SLR ADALAH KAMERA YANG SANGAT POPULAR DAN SAIZNYA YANG BERSESUAIAN MENAMBAHKAN LAGI MINAT PENGGUNA TERMASUKLAH DIRIKU JUA..HHEHEHE

DSLR?? APA TU? AWAL2 DULU AK PON XTAU APA MAKSUD DSLR TU...TAU LA KATA SEJENIS KAMERA BUKANNYA SEJENIS BISKUTKAN....
TAPI...HAHAHHA SEKARANG BRU LA TAU MAKSUD DLM BAHASA PANJANG DSLR TU..NAK TAU KA??

DSLR ADALAH SINGLE LENS REFLEKS=KAMERA SATU LENSA REFLEKS
SLR DALAM PASARAN ADA DUA JENIS:

1) KAMERA SLR FOKUS SECARA MANUAL
2) KAMERA SLR FOKUS SECARA AUTOMATIK

Monday, January 17, 2011 0 comments By: Hijaudaun

MASYARAKAT SEKELILING

masyarakat..masyarakat..dan masyarakat...sudah sinonim dalam kamus hidup kita..siapa yang bergelar masyarakat?? salahkah jika kita tidak bermasyarakat?? pentingkah hidup bermasyarakat???

dunia sosial sememangnya mementingkan masyarakat..tanpa adanya masyarakat sekeliling pastinya nilai-nilai budaya dalam sesuatu masyarakat itu tidak akan diwarisi dan terus berkembang..dalam meniti arus kemodenan kini, masyarakat yang wujud sememangnya bercirikan individual semata..masyarakat yang mengejar kekayaan pastinya tidak memikirkan kepentingan masyarakat disekelilingnya..malahan adanya jiran sebelah rumah tidak dikenali..adakah ini namanya bermasyarakat??

biarpon arus permodenan semakin mengalir secepat arus elektrik,namun kehidupan bermasyarakat masih perlu diambil penting...mahukah anda digelar kera sumbang?? hidup dalam kehidupan sendiri tanpa cuba bermasyarakat dengan masyarakat sekeliling??

Makanan AntikolesteroL

1. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.


5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.



7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.


9. OAT
Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai


SUMBER: http://harubiru75.blogspot.com

SARAPAN PAGI : MAKANAN UNTUK OTAK


Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi.

sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

1) Sumber tenaga

Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi adalah sumber tenaga utama untuk memulakan hari yang sihat. Kajian pakar menunjukkan, remaja yang bersarapan setiap hari mempunyai kehidupan yang berkualiti dan daya tumpuan yang lebih baik

2) Vitamin untuk badan

Remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya. Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur

3) Rangsang fungsi otak

Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B dalam roti atau bijirin mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

4) Kekal langsing

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di
Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan
sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat
badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan.


sumber : www.hmetro.com.my

tabiat tidak bersarapan pagi lazimnya akan menjadikan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain.Amalan itu tidak sihat kerana ia menyebabkan mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak yang dimakan dalam sehari.

Meninggalkan sarapan pagi juga dilihat tidak baik untuk kesihatan kerana selepas semalaman tanpa makanan, ia menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi.


Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.