Monday, April 18, 2011 By: Hijaudaun

KELAKAR vs KELAKOOO..

PESAKIT,DOKTOR DAN KACANG HIJAU

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : “Selamat petang…”
Pesakit : “Selamat petang Doktor!”
Doktor : ” Adamasaalah apa …?”
Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”
setelah diperiksa… .
Doktor : ” Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut….”
Pesakit : “Apa caranya doktor?”
Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”
Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”
Doktor : “Yang percuma kena sabar…”
Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”
Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge’ anda boleh ler tarik keluar.”
Pesakit : “Huh!”


ULAR TUA YG RABUN
Seekor Ular Tua yang rabun pergi ke klinik dan berjumpa dengan Doktor Ular.

“Tuan Doktor, tolonglah periksa mata saya, sejak akhir akhir ni selalu aja kelabu asap dan tak boleh melihat dgn jelas“.

Doktor tersebut memeriksa Ular Tua tersebut kemudian memberikannya cermin mata dan menyuruhnya untuk kembali dalam masa 2 minggu.

2 minggu kemudian si Ular Tua datang lagi ke klinik tersebut, “Doktor, saya betul betul stress ni!”

Doktor bertanya, “Kenapa stress? cermin mata tu tak berkesan ke?“.

“Sebenarnya cermin mata tu berkesan Doktor, tapi yang buat saya stress ialah saya baru tau yang rupa rupanya selama ni saya berkawan dengan paip getah!“



SUMBER:http://www.lawak.net

0 comments:

Post a Comment