Sunday, April 4, 2010 By: Hijaudaun

DULU.KINI.SEKARANG..


SALAM...SUDAH LAMA KIRANYA AKU TIDAK MENJENGUK BLOG NIE...KESIBUKAN MELANDA DIRIKU INI...FINAL EXAM YANG BAKAL KUNJUNG TIBA..ASIGMENT YANG XSIAP LAGI..MOOD TERINGAT KAT RUMAH LA..MACAM2 LA TIME2 GENTING NIE...XDA PA YANG BEST NAK DIKONGSIKAN UNTUK CORETAN KALI NIE.CUBA INGIN BERKONGSI CERITA DENGAN U ALL SEMUA...


CERITA NIE HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA....

ALLAHU AKHBAR…ALLAHU AKHBAR…
Terdengar sayup suara azam berkumandang dari masjid berhampiran…Mak Lijah yang sedang membungkus nasi lemak mempercepatkan pergerakannya…
“ ya ALLAH cepat nya masa berlalu…dah masok waktu subuh dah…aku kena cepat ni nanti tak sempat pula aku habiskan membungkus nasi lemak nie” mak lijah berdialog seorang diri..
Beberapa jam berlalu mak Lijah usai membungkus nasi lemak yang dan sedia untuk dihantar ke warung wak Osman..beginilah rutin hari mak Lijah bagi membantu meringankan beban suaminya yang hanya bekerja sebagai tukang rumah..
‘tok..tok..tok..’
‘’Aril, Aiman bangun nak dah subuh nie..,nanti lewat pulak pergi sekolah’’
“Ye mak, Aril dah bangun nie..si Aiman nie ha liat sangat nk bangun..mengantuk lg katanya”
“kejutkan adik kamu sampai bangun.mak nak keluar hantar nasi lemak nie..jangan kamu yang tidur semula pulak Aril”
Aril dan Aiman bangun untuk ke sekolah.Aril sedang belajar di tingkatan 5,manakala Aiman baru di tingkatan 3..mereka bersekolah di sekolah yang sama.Adik-adik Aril yang lain masih di sekolah rendah dan tadika.Mereka mempunyai 9 orang adi beradik..Dengan kudrat yang ada Mak Lijah dan Pak Leman mengerah keringat setiap hari untuk menyara keluarga.Mereka bukannya dari keluarga yang sedang.Hidup ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang sahaja…
Aiman dan Aril berangkat ke sekolah setelah usai bersarapan bersama-sama Pak Leman dan adik-adik yang lain.Aril seorang pelajar yang pintar tetapi sering diejek oleh rakan-rakannya kerana kemiskinan keluarga mereka.Namun Aril tetap kuat semangat untuk terus belajar bagi mencapai cita-citanya untuk berjadi hingga ke menara gading.
Suasana disekolah yang sangat merimaskan Aril.bukan dia tak minat belajar.dia seorang murid yang pandai tetapi kadang kala dia tidak tahan dengan ejekan rakan sekelasnya yang agak mengguris hati dan perasaannya.


-BERSAMBUNG-

0 comments:

Post a Comment